Friday, November 26, 2010

Keistimewaan Doa Ketika Bersujud...


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. 

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA 

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Doa yang Sering Rsulullah s.a.w Amalkan ketika sujud
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”.......kawan2 pun boleh gak minta apa2 jew time bersujud..tetapi kena ingat..kawan2 x boleh bercakap selain bahasa Al-Quran...=)...wallahuallam....

Wednesday, November 24, 2010

Dalam memory..

 Gambar ini diambil ketika saya dan rakan2 nak berpisah dengan salah seorang sahabat yang paling seronok..hehehe..masa ini sedih jugalah...nak buat macam mana.."mamber" 2 terpaksa meninggalkan kami.. untuk menjamin masa depan beliau dan keluarga...huu..^_^..boleh dikatakan setiap sem jew, mesti ade nak menamatkan pengajian..heheh..entah mengapa..Walau bagaimana pun, setakat ini Dalam kelas saya ada 10 makhluk Allah..hehehe...semua lelaki...^_^...Kenangan bersamamu "2009 hingga 2010"



Erm...ini pula roomate saya, seronok sangat bersama kalian, senyuman dan gelak ketawa sering menyinari hidup kalian..tak pernah "hujan" lah katakan..hehe..atas sekali ialah Abang Ibrahim diikuti Abang Ashraf, Insan kerdil dan akhir sekali Abang Afni zaki, yang seronok sekali dalam kami berkawan ialah kami berasal daripada negeri yang berbeza, seorang dari Kelantan ke 2 dari Negeri sembilan ke 3 dari Sabah dan Akhir sekali dari Pahang..huu...sronok sangat dapat KAWAN seperti kamu!...^_^



Gambar ini diambil ketika saya mengikuti khursus "Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional"..seronok sangat dapat kawan- kawan baru..Saya sarankan agar kawan2 semua untuk menyertai aktiviti sihat sepeti ini...kenangan bersama kalian tak akan Insan Kerdil lupakan..mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan akhirat..amin!..^_^ 

Bersama-sama Anak Yatim Di Melaka


Assalamualaikum?...hati ini begitu gembira dan sedih melihat telatah dan gelagat anak- anak yatim ketika diri ini melangkah ke sebuah rumah anak yatim yang berada di melaka...diri ini berasa beruntung sangat kerana dapat duduk dan makan bersama-sama anak yatim...Sebab apa hati ini berkata sedemikian...ini kerana jarang sekali kita dapat bersama- sama dengan insan yang kurang bernasip baik seperti mereka ini. Saya dan rakan- rakan bermalam di rumah anak yatim ini selama 2 hari, ketika ini ialah bulan Ramadhan. Seronok sangat dapat bersama mereka, selain bersua mesra dengan penghuninya, kami juga dapat berbuka puasa bersama-sama.


Dalam hadis Rasulullah s.w.a ada menyebut: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni. RIWAYAT At-Tirmizi. 



Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.


Ketika ini hati saya sering Berbisik" Bagaimanalah keadaan ku sekiranya berada dalam alam mereka??".Namun ketika saya berada di sisi mereka, "kekurangan" itu tak terlihat, seolah- olah wajah mereka menampakan masih mempunyai IBU dan Ayah .Senyuman manis dan gelak ketawa begitu senang tuk dizahirkan kepada saya dan rakan- rakan, walaupun pada dasarnya hati mereka sedih...adakah kita pernah terpikir..bagaimanakah kita nak meghadapi setuasi seperti mereka?..pernahkah kita terpikir untuk menjaga hati dan Perasaan IBU dan AYAH kita??...umur IBU dan AYAHku dah berape tahun??.

Muhasabahlah diri kita, tanya diri kita...Adakah kita seorang anak yang "care" terhadap insan "itu"..Syurga berada dibawa telapak kaki mereka, sayangilah "Insan" itu selagi ia masih berada di Muka bumi ini.

Kepada siapa yang membaca teks ini, terima kasih, ini adalah luahan hati seorang anak yang Ingin berbakti pada "insan" itu. Bersama-samalah kita menjaga IBUBAPA kita..insAllah...mudah- mudaan Allah memberkati hidup Kita Dan seluruh Ahli keluaga kita agar terlepas daripada siksa Neraka NYA..amin!

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin..