Wednesday, November 21, 2012

Menjadi Lebih Baik & Yakin PadaNYA..........

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ku mulakan ukiran ini.....

Allah SWT berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. 2 : 216).


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxtSWU5Dj21BpodQ471zYzmc4WL1kDughuKFr0L0RgA-nIiZZNPjeBhSSIBpEIKIQ3df6pDJJaHoxaOCdHwhjeQLaMSJoi6UuGjR27DfwjdeIDYvxU0w1rT-YdI7JWGMAVkVUs9Xr1mpo/s1600/mistake.jpgBetulah apa yang Allah Sebutkan seperti ayat -ayat diatas, kadang - kadang kita memilih suatu pekara yang kita rasa baik untuk diri kita, tetapi pada masa yang sama perkara tersebut memberi keburukan pada diri kita sendiri sama ada untuk masa pendek atau sebaliknya.Setiap Manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, selagi ia bergelar "MANUSIA" ia tetap membuat kesilapan.







http://30.media.tumblr.com/tumblr_l8xf2kGcZ81qaxm50o1_500.jpg 
Berubah kearah yang lebih baik itu lebih baik berbanding menjadi seperti kacang lupakan kulit, sedar dengan kesilapan yang kita buat dan cuba untuk memperbaikinya adalah cara terbaik untuk kita menjadi yang lebih baik dan kebergantungan kita terhadapNYA perlulah ditingkatkan agar kita menjadi insan yang baik, moga kita semua menjadi insan yang taat akan undang - undangNYA....InshaaAllah....^_^


Perkara yang dah lepas itu ambil pengajaran dan cuba untuk memperbaiki. Hidup ini perlu diteruskan sehingga ke garisan penamat, walauapapun yang terjadi...anggaplah itu sebagai ujian dariNya dan tabah untuk menghadapinya. Tak salah untuk kita memulakan cara hidup yang baru, tetapi biarlah permulaan itu bermula dengan Beragama....kerana semua pekara yang berlaku dalam hidup seseorang itu berkaitan dengan agama....apabila agama  sesorang itu baik, maka baiklah akan diri insan itu dan sebaliknya...


http://muslimmedianetwork.com/mmn/windows-live-pictures/CatsandIslam_C53D/cats_012.jpg       Moga kita menjadi insan yang unggul....^_^

Saturday, January 7, 2012

Hari Pertama Menghadiri Latihan Industri......

Alhamdulillah....akhirnya sampai juga ke destinasi yang hendak ku tuju iaitu Negeri Johor, tujuan utama diri ini kesini adalah untuk menjalani Latihan Industry selama 5 bulan 18 hari..ia antara syarat utuk ku menamatkan pengajian dan seterusnya dianugerahkan Segulung Diploma Manufacturing Engineering In Industrial Automation & Robotics..huhuhu...^_^
Pengalaman & cerita ini ingin ku kongsi bersama kawan2....harap x de yang tersentuh k??sbb cerita nie x melibatkan sape2 pon...cerita  & pengalaman ini adalah diri pemilik blog..ok la..direct to the points!(^_^)...heheheh...Memang melucukan!...hehehe...hari pertama berada di kilang tersebut memang "tersiksa"..."tersiksa" sangat!!!...hahhahaha...tersiksa bukan bermaksud kerja2 yang ku lakukan di situ sangat membebankan...tersiksa disebabkan perut sakit sangat dan hendak membuang Air Besar...hahahaahh!!..enta ape yang aq mkan pg 2......




Benda ni berlaku ketika aq n kawan2 yang lain nak masuk bilik meeting untuk mendengar penerangan dari pegawai HR mengenai peraturan2 dan tatacara ketika berada dikilang tersebut....heheehe...tak sampai 3 minit Pegawai 2 bagi penerangan....aq trus angkat tangan n meminta kebenaran tuk pergi tandas..hahahah..Masa nie perut memang sakit giler!!!..rase2 nye "Benda" 2 nak keluar..hahahhaha...sebelum aq nak g tandas..ble pula pegawai 2 ckp.."pergi..pergi..jgn x pergi..nanti awk kencing pla kat sini..."..hehehe...lagi la buat muke aq merah sbb malu n betambah sakit perut 2....hahahahhaha.....
Mase nak g tandas 2....ade lagi masalh menimpa aq...hehehehe...dalam keadaan perut sakit, muke merah, n the most important is "Benda" 2 memang nak keluar sangat!..boleh pula tandas 2 tutup n kene kunci...hahahah...sbb makcik cleaner tga cuci tands...ahhhhhhhhhh!!!!!...lagi la aq bengang n nak mampos!!...hahahahhahah...
Dah la benda 2 nak keluar..boleh pula tandas 2 ttp..hehehehhe...bayangkan mcm mne laa muke aq mase 2?..hahahah...dengan muke yang merah disbbkan nak tahan "Benda" 2 nak kuar...aliran masuk oxygen kat badan aq pon sampai tersekat2...hahahahah!...memang mse nie tersiksa giler!!!!....




Erm..tunggu punye tunggu...makcik cleaner 2 x kuar agy...ahhhhh!!!!...hanya Allah je yang tahu betapa tersiksa nye aq mase nie.hehehehehe..tp mse nie.sakit perut 2 dah kurang n "Benda" 2 x nak kuar ..Alhamdulillah.....huuuu!...hahahaahah!!!!...
Memang pengalaman pahit!..tp seronok bila dikenang semula..hahahaah!...
Buat pengajaran dalam hidup!..Harap lepas nie..benda mcm 2 x kan berlaku lg...hehehhehe....kepada kawan2 yang bce Ukiran nie...jgan duk gelak je!..heheheh..
Ambil pengajaran tau..huhuhuhu...^_^...k laa....Ukiran seterusnye akan ku tulis sepanjang diri ini menjalani Latihan Industry di Syarikat Beyonics Technology, Tampoi, Johor Bahru....Assalamualaikum.....(^_^)

Monday, June 27, 2011

Rumah kata PERGI!...Kubur kata MARI!!....


Alhamdulillah....umurku telah meningkat setahun lagi…seterusnya mengumpul 20 tahun untuk diri ini masih hidup..alhamdulillah..syukuran Ya Allah…Terima kasih banyak-banyak kerana masih membenarkan hambahMu menghirup udara segar dimuka Bumi ini sehingga sekarang…syukran Ya Allah…Terima Kasih juga ku ucap untuk Ayahanda dan Bonda…kerana membesarkan Anak mu ini dengan penuh kasih sayang, penuh Ikhlas dan sanggup mengorbankan apa saja untuk membesarkan Anak mu ini…Terima Kasih..Terima Kasih…sesungguhnya segala jasa Ayahanda dan Bonda sepanjang membesarkan Anak mu ini begitu berharga dan bernilai buat diriku…



Tidak dilupakan juga kepada seluruh keluarga Ku…Terima kasih banyak-banyak kerana membantu diri ini dalam semua perkara..sama ada secara langsung atau pun tidak langsung…Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan yang kalian berikan pada diriku…Ku sangat beruntung..kerana mendapat Abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan semuanya seperti kalian…Terima Kasih…Terima kasih..



Selepas ini..ku akan menjadi seorang yang lebih matang dan cuba berpandangan jauh serta berfikiran kreatif untuk mencipta kejayaan…tidak kiralah kejayaan itu kecil atau besar..ia merupakan kejayaan yang ku cipta dengan izinNya.. lagi pun kan umur dah naik jadi kena lah bergerak dari tempat yang masih diduduki ini..hehehe..tetapi berperangai matang perlu mengikut masa dan tempat yang betul dan sesuai…ok?..


Hanya satu sahaja harapanku tahun ini…ku berharap sangat dapat menamatkan pengajian peringkat diploma yang kuhadapi sekarang ini berjalan dengan lancar dan ku dapat menamatkannya dengan baik..Aku nak memperoleh Diploma!!...ku ingin rasa macam mana perasaan ketika berada di Majlis konvokesyen..dan disaat nama ku dipanggil untuk menerima Diploma!..huu…betapa bangganya Ayahanda dan Bonda apabila melihat anak ini naik ke pentas dan menerima segulung DIPLOMA..Allahuakbar..maha suci Allah..sesungguhnya Allah sahaja yang tahu betapa diri ini menginginkan saat itu….


Ingatlah..bahawa kejayaan itu dituntut dalam agama..tidak kiralah kejayaan itu kecil atau pun besar..ia tetap nikmat yang Allah beri kepada kita..maka kita patut bersyukur keatas Nikmat yang IA berikan kepada kita semua….dan kejayaan itu permulaannya pahit sangat..amat pahit..hanya orang yang sabar dan tabah sahaja yang dapat mengharunginya dengan baik…akhir kejayaan itu bagaikan madu yang segar di ambil dari sarangnya..teramatlah manis dan sedap…subahanallah..maha suci Allah..sekian sahaja luahan diriku untuk masa ini..syukran Ya Allah..


“Jadikanlah Hamba Mu ini makhluk yang sabar dan tabah dengan segala ujian yang Engkau berikan pada diriku…sempena Ulang tahun Kelahiran ku ini, hamba Mu ini berharap…agar menjadi insan yang taat kepada ajaranMU dan segala Undang-undang Mu….Engkau Lindungilah seluruh keluargaku dari api Neraka jahanam…Hidupkanlah HAmbah Mu ini dangan Islam dan Matikanlah HambahMu ini dengan Islam…aminn Ya Allah”
Doa Itu Senjata Bagi Seorang Mukmin.....

Monday, June 6, 2011

HARI INI DAN SELAMANYA.......

Alhamdulillah..setelah beberapa bulan mengharungi detik-detik "meyeronokkan", kini kehidupanku kembali normal dan tenang sekali...bukan maksudku kehidupan selama 6 bulan itu tidak menyeronokkan..tetapi ia sangat2 memeritkan..^_^..2 semestar lagi..aku akan menamatkan pengajian di kolej kemahiran tinggi mara..selepas itu diri ini akan memilih sama ada ingin meneruskan pengajian yang ku ceburi atau terus ke alam pekerjaan...perjalananku masih jauh rupanya..

Perjalananku....


Sepanjang diriku melanjutkan pengajian ke kolej kemahiran tinggi mara..banyak benda yang ku pelajari..daripada 0 hinggalah menjadi 1..erm..kadang-kadang terpikir juga..betapa beruntungnya diri ini dapat menikmati smua itu...^_^..senyuman terukir apabila memikirkan semuanya...

Tempat pun telah banyak ku kunjungi....ku masih ingat lagi tempat pertama yang ku kunjungi setelah menjadi pelajar KKTM..nama tempat 2 ialah lumut..kat perak..masa ini saya dan kawan2 pergi perak membuat latihan amali...ni adalah senarai tempat yang ku kunjungi dan banyak memberi kenangan yang terindah semenjak menjejakkan kaki di semenanjung..

1. lumut, Perak.
2. Balik Pulau, Pulau Pinang.
3. Kuala Lipis, Pahang.
4. Kuala Terengganu, Terengganu.
5. Utem, Melaka.
6. Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
7. Pasir Puteh, Kelantan.
Jalan2 kat terengganu bersama kwn2..nice memory!

Ni adalah Masjid Crystal..dalam die memang Cantik!

Gerbang Nak msuk g taman tamadun Islam Terengganu..

Mengenai bidang yang ku ceburi sekarang ini..kadang-kadang rasa bersalah pula pada diri ini..ialah bidang engineering ini langsung aku x minat dari bangku sekolah lagi..erm...rasa bersalah sangat..kerna tipu diri sendiri!....namun jika difikir semula...kesalahan ini memberi makna untuk diriku agar jadi diri sendiri apabila berada dalam suatu keadaan... ia hanyalah lumrah kehidupan seorang manusia..'setiap2 manusia pasti membuat silap ketika hidupnya..kecuali kekasih ALLAH s.w.t...^_^..

InsyaAllah..dengan berkat-NYA..pengajianku ini akan ku teruskan sampai tamat.. harap nya berjalan dengan lancar..amin...


Saya rasa..sampai disini sahaja luahan hati insan kerdil...ia hanyalah luahan hati seorang anak, adik, remaja yang iginkan kebahagian dunia n akhirat..sama-samalah kita muhasabah diri kita masing2...moga kita dimasukkan orang2 yang IA hendak masukkan ke Syurga firdaus...amin!..salam ukhwah,sayang dan selamat dari isan kerdil..Assalamualaikum W.b.t...

Sunday, May 22, 2011

DEGUPAN JANTUNG KIAN KEDENGARAN....



Hatiku kian resah...peperikasaan akhir akan tiba tak lama lagi tetapi persiapan yang ku buat untuk menghadapi situasi itu begitu meghampakan...kerja2 sentiasa menghantuiku dan sntiasa mengekori hidupku...keresahan hatiku kian memuncak apabila melihat CGPA ku pada semester lepas....Ya Allah...sesungguhnya hambahmu ini redha dengan cubaanMU ini..hambah redha ya Allah....sesungguhnya Hidupku dan Matiku hanya untukMu...


Moga Allah mempermudahkan segala Urusanku Dunia dan Akhirat...Ku berharap sangat diri ini ikhlas dalam menuntut ilmu yang sedang ku pelajari...moga shabat yang lain juga dapat dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan akhir.

Ucapan Selamat menjawap peperiksaan Akhir untuk Diriku dan sahabat2 lain...buat yang terbaik ok..moga2 kita semua mendapat keputusan yang cemerlang dengan cara yang betul...harap CGPA kita untuk Sem ini akan lebih baik berbanding sem lepas...amin!...disini saya ade sediakan doa untuk kegunaan bersama ketika nak jawap peperiksaan...harap kita semua berjaya dunia dan akhirat....


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang 



(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.

Friday, February 4, 2011

Insan Tersayang...



Assalamualaikum kawan2??...harap kawan2 semua sehat selalu dibawa Jagaan Allah S.W.T.....kali ini saya ingin berkongasi cerita dengan kawan2 mengenai  anak saudara saya...=)..seblum saya nak cerita mengenai 2 insan ini...eloklah saya memperkenalkan diri mereka..=)..Nurzahirah Batrissyah ( gambar atas sekali ),...ini adalah anak akak saya yang sama mak ngan saya..=)...Nuraqilah Zahfirah ( gambar bawa ),...ni anak akak saya juga, tetapi ayah kite orang x sama..=)..comel x??..hehehe...erm..kenangan yang paling seronok ngan insan2 ini ialah time saya nak tidokan mereka..hahah...rupa2nya susah juga ek nak tidokan baby ni??..heheh..kadang2 saya terpaksa nyayi tuk tidokan mereka ni..hahah...walaupon suara ni x lah sesedap mana pon..=)..dan ada 1 hari 2....mereka2 ni nagis jew...uhh...saya memang x suka dengar baby nages..erm..enta la npe..tetapi time dorang nages 2...saya lah juga yang bagi diam baby2 ni..heheh....pelik kan??..enta ape yang saya buat until baby2 ni trus diam..heheh...=)..pelik2...


NURAQILAH ZAHFIRAH

NURZAHFIRAH BATRISSYAH

Sronok sngat..bersama2 mereka ni...bila time cuti sem jew...huuu...2 lah masa tuk bersama mereka..yang baby 1 ni ade kat terengganu...n baby 1 agy ni..ade kat pahang..=)...sronok sangat bersama anak saudare sndiri...=)..so kawan2 pon patut tau luangkan mase tuk anak saudare sndr k??..sbb nti baby 2 x tau yg kite ni or kawn2 ni bapa saudare die??..hahah...so..depend on you self..=)..ok lah..setakat ini je luahan hati insan kerdil..=)..harap kawan2 gembira membaca luahan ini..=)..salam sayang dari hambah Allah ~insan kerdil~....Assalamualaikum...=)..=)

Pengorbanan Seorang IBU!

Friday, November 26, 2010

Keistimewaan Doa Ketika Bersujud...


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. 

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA 

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Doa yang Sering Rsulullah s.a.w Amalkan ketika sujud
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”.......kawan2 pun boleh gak minta apa2 jew time bersujud..tetapi kena ingat..kawan2 x boleh bercakap selain bahasa Al-Quran...=)...wallahuallam....

Wednesday, November 24, 2010

Dalam memory..

 Gambar ini diambil ketika saya dan rakan2 nak berpisah dengan salah seorang sahabat yang paling seronok..hehehe..masa ini sedih jugalah...nak buat macam mana.."mamber" 2 terpaksa meninggalkan kami.. untuk menjamin masa depan beliau dan keluarga...huu..^_^..boleh dikatakan setiap sem jew, mesti ade nak menamatkan pengajian..heheh..entah mengapa..Walau bagaimana pun, setakat ini Dalam kelas saya ada 10 makhluk Allah..hehehe...semua lelaki...^_^...Kenangan bersamamu "2009 hingga 2010"



Erm...ini pula roomate saya, seronok sangat bersama kalian, senyuman dan gelak ketawa sering menyinari hidup kalian..tak pernah "hujan" lah katakan..hehe..atas sekali ialah Abang Ibrahim diikuti Abang Ashraf, Insan kerdil dan akhir sekali Abang Afni zaki, yang seronok sekali dalam kami berkawan ialah kami berasal daripada negeri yang berbeza, seorang dari Kelantan ke 2 dari Negeri sembilan ke 3 dari Sabah dan Akhir sekali dari Pahang..huu...sronok sangat dapat KAWAN seperti kamu!...^_^



Gambar ini diambil ketika saya mengikuti khursus "Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional"..seronok sangat dapat kawan- kawan baru..Saya sarankan agar kawan2 semua untuk menyertai aktiviti sihat sepeti ini...kenangan bersama kalian tak akan Insan Kerdil lupakan..mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan akhirat..amin!..^_^ 

Bersama-sama Anak Yatim Di Melaka


Assalamualaikum?...hati ini begitu gembira dan sedih melihat telatah dan gelagat anak- anak yatim ketika diri ini melangkah ke sebuah rumah anak yatim yang berada di melaka...diri ini berasa beruntung sangat kerana dapat duduk dan makan bersama-sama anak yatim...Sebab apa hati ini berkata sedemikian...ini kerana jarang sekali kita dapat bersama- sama dengan insan yang kurang bernasip baik seperti mereka ini. Saya dan rakan- rakan bermalam di rumah anak yatim ini selama 2 hari, ketika ini ialah bulan Ramadhan. Seronok sangat dapat bersama mereka, selain bersua mesra dengan penghuninya, kami juga dapat berbuka puasa bersama-sama.


Dalam hadis Rasulullah s.w.a ada menyebut: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni. RIWAYAT At-Tirmizi. 



Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.


Ketika ini hati saya sering Berbisik" Bagaimanalah keadaan ku sekiranya berada dalam alam mereka??".Namun ketika saya berada di sisi mereka, "kekurangan" itu tak terlihat, seolah- olah wajah mereka menampakan masih mempunyai IBU dan Ayah .Senyuman manis dan gelak ketawa begitu senang tuk dizahirkan kepada saya dan rakan- rakan, walaupun pada dasarnya hati mereka sedih...adakah kita pernah terpikir..bagaimanakah kita nak meghadapi setuasi seperti mereka?..pernahkah kita terpikir untuk menjaga hati dan Perasaan IBU dan AYAH kita??...umur IBU dan AYAHku dah berape tahun??.

Muhasabahlah diri kita, tanya diri kita...Adakah kita seorang anak yang "care" terhadap insan "itu"..Syurga berada dibawa telapak kaki mereka, sayangilah "Insan" itu selagi ia masih berada di Muka bumi ini.

Kepada siapa yang membaca teks ini, terima kasih, ini adalah luahan hati seorang anak yang Ingin berbakti pada "insan" itu. Bersama-samalah kita menjaga IBUBAPA kita..insAllah...mudah- mudaan Allah memberkati hidup Kita Dan seluruh Ahli keluaga kita agar terlepas daripada siksa Neraka NYA..amin!

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin..