Alhamdulillah..setelah beberapa bulan mengharungi detik-detik "meyeronokkan", kini kehidupanku kembali normal dan tenang sekali...bukan maksudku kehidupan selama 6 bulan itu tidak menyeronokkan..tetapi ia sangat2 memeritkan..^_^..2 semestar lagi..aku akan menamatkan pengajian di kolej kemahiran tinggi mara..selepas itu diri ini akan memilih sama ada ingin meneruskan pengajian yang ku ceburi atau terus ke alam pekerjaan...perjalananku masih jauh rupanya..
![]() |
| Perjalananku.... |
Sepanjang diriku melanjutkan pengajian ke kolej kemahiran tinggi mara..banyak benda yang ku pelajari..daripada 0 hinggalah menjadi 1..erm..kadang-kadang terpikir juga..betapa beruntungnya diri ini dapat menikmati smua itu...^_^..senyuman terukir apabila memikirkan semuanya...
Tempat pun telah banyak ku kunjungi....ku masih ingat lagi tempat pertama yang ku kunjungi setelah menjadi pelajar KKTM..nama tempat 2 ialah lumut..kat perak..masa ini saya dan kawan2 pergi perak membuat latihan amali...ni adalah senarai tempat yang ku kunjungi dan banyak memberi kenangan yang terindah semenjak menjejakkan kaki di semenanjung..
1. lumut, Perak.
2. Balik Pulau, Pulau Pinang.
3. Kuala Lipis, Pahang.
4. Kuala Terengganu, Terengganu.
5. Utem, Melaka.
6. Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
7. Pasir Puteh, Kelantan.
![]() |
| Jalan2 kat terengganu bersama kwn2..nice memory! |
![]() |
| Ni adalah Masjid Crystal..dalam die memang Cantik! |
![]() |
| Gerbang Nak msuk g taman tamadun Islam Terengganu.. |
Mengenai bidang yang ku ceburi sekarang ini..kadang-kadang rasa bersalah pula pada diri ini..ialah bidang engineering ini langsung aku x minat dari bangku sekolah lagi..erm...rasa bersalah sangat..kerna tipu diri sendiri!....namun jika difikir semula...kesalahan ini memberi makna untuk diriku agar jadi diri sendiri apabila berada dalam suatu keadaan... ia hanyalah lumrah kehidupan seorang manusia..'setiap2 manusia pasti membuat silap ketika hidupnya..kecuali kekasih ALLAH s.w.t...^_^..
InsyaAllah..dengan berkat-NYA..pengajianku ini akan ku teruskan sampai tamat.. harap nya berjalan dengan lancar..amin...
Saya rasa..sampai disini sahaja luahan hati insan kerdil...ia hanyalah luahan hati seorang anak, adik, remaja yang iginkan kebahagian dunia n akhirat..sama-samalah kita muhasabah diri kita masing2...moga kita dimasukkan orang2 yang IA hendak masukkan ke Syurga firdaus...amin!..salam ukhwah,sayang dan selamat dari isan kerdil..Assalamualaikum W.b.t...





No comments:
Post a Comment