Alhamdulillah....umurku telah meningkat setahun lagi…seterusnya mengumpul 20 tahun untuk diri ini masih hidup..alhamdulillah..syukuran Ya Allah…Terima kasih banyak-banyak kerana masih membenarkan hambahMu menghirup udara segar dimuka Bumi ini sehingga sekarang…syukran Ya Allah…Terima Kasih juga ku ucap untuk Ayahanda dan Bonda…kerana membesarkan Anak mu ini dengan penuh kasih sayang, penuh Ikhlas dan sanggup mengorbankan apa saja untuk membesarkan Anak mu ini…Terima Kasih..Terima Kasih…sesungguhnya segala jasa Ayahanda dan Bonda sepanjang membesarkan Anak mu ini begitu berharga dan bernilai buat diriku…
Tidak dilupakan juga kepada seluruh keluarga Ku…Terima kasih banyak-banyak kerana membantu diri ini dalam semua perkara..sama ada secara langsung atau pun tidak langsung…Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan yang kalian berikan pada diriku…Ku sangat beruntung..kerana mendapat Abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan semuanya seperti kalian…Terima Kasih…Terima kasih..
Selepas ini..ku akan menjadi seorang yang lebih matang dan cuba berpandangan jauh serta berfikiran kreatif untuk mencipta kejayaan…tidak kiralah kejayaan itu kecil atau besar..ia merupakan kejayaan yang ku cipta dengan izinNya.. lagi pun kan umur dah naik jadi kena lah bergerak dari tempat yang masih diduduki ini..hehehe..tetapi berperangai matang perlu mengikut masa dan tempat yang betul dan sesuai…ok?..
Hanya satu sahaja harapanku tahun ini…ku berharap sangat dapat menamatkan pengajian peringkat diploma yang kuhadapi sekarang ini berjalan dengan lancar dan ku dapat menamatkannya dengan baik..Aku nak memperoleh Diploma!!...ku ingin rasa macam mana perasaan ketika berada di Majlis konvokesyen..dan disaat nama ku dipanggil untuk menerima Diploma!..huu…betapa bangganya Ayahanda dan Bonda apabila melihat anak ini naik ke pentas dan menerima segulung DIPLOMA..Allahuakbar..maha suci Allah..sesungguhnya Allah sahaja yang tahu betapa diri ini menginginkan saat itu….
Ingatlah..bahawa kejayaan itu dituntut dalam agama..tidak kiralah kejayaan itu kecil atau pun besar..ia tetap nikmat yang Allah beri kepada kita..maka kita patut bersyukur keatas Nikmat yang IA berikan kepada kita semua….dan kejayaan itu permulaannya pahit sangat..amat pahit..hanya orang yang sabar dan tabah sahaja yang dapat mengharunginya dengan baik…akhir kejayaan itu bagaikan madu yang segar di ambil dari sarangnya..teramatlah manis dan sedap…subahanallah..maha suci Allah..sekian sahaja luahan diriku untuk masa ini..syukran Ya Allah..
“Jadikanlah Hamba Mu ini makhluk yang sabar dan tabah dengan segala ujian yang Engkau berikan pada diriku…sempena Ulang tahun Kelahiran ku ini, hamba Mu ini berharap…agar menjadi insan yang taat kepada ajaranMU dan segala Undang-undang Mu….Engkau Lindungilah seluruh keluargaku dari api Neraka jahanam…Hidupkanlah HAmbah Mu ini dangan Islam dan Matikanlah HambahMu ini dengan Islam…aminn Ya Allah”
![]() |
| Doa Itu Senjata Bagi Seorang Mukmin..... |










